5.14.2015

SEJARAH CLAYEVER



Ramai yang bertemu saya dan bertanya soalan yang agak ‘curious’, bagaimana saya berjaya mencipta produk clayever. Lalu saya jawab, bukan saya yg cipta tetapi ALLAH yang cipta, saya hanya menemuinya sahaja.

Dahulunya saya bekerja sebagai "Drilling Fluid Engineer" (DFE)** di plantar minyak EPMI (ESSO) Terengganu. Dengan bekalan ilmu sains dan "curious" yang berlebihan terhadap ciptaanNya, semasa dalam perkerjaan saya begitu terfokus kepada "clay" yang saya memangnya setiap hari berurusan dengannya. Untuk pengetahuan, telaga minyak di offshore Terengganu di gali (drilling) sejauh kira-kira 8,000 ke 10,000* kaki ke dalam perut bumi mulai dari dasar laut. Dari segi geologi kerak bumi berlapis-lapis, biasanya kawasan minyak, lapisan yang paling banyak adalah lapisan "clay" dan "shale". Sebagai DFE saya mengendalikan "clay" yg keluar dari perut bumi ini seperti bola selut bergolek- di atas shale shaker – ia dikenali sebagai Gumbo. Sepanjang pekerjaan saya selama 8 tahun ini saya bergelumang dengan "clay" hampir setiap hari. Saya mulai "curious" apabila saya dapati kulit saya cantik tiada kudis dan sebagainya.

Saya mula membuat kajian atas kehebatan makhluk ciptaan Allah – "clay". Di dalam Al-Quran juga banyak kali Allah nyatakan bahawa ‘dijadikan manusia dari saripati tanah yang melekit (clay)’. Kalimah ini di ‘hint’ banyak kali dalam beberapa surah. Saya rasa mesti ada gunanya "clay" tersebut.

Dari sinilah saya mulakan kajian secara sambilan dalam tempoh pekerjaan saya. Dari segi geologi ada lebih 300 jenis "clay" di dunia ini. ada "clay" yang "exposed" di atas tanah dan ada clay yg terbenam jauh kedalam perut bumi berumur jutaan tahun. Semuanya saya kaji.

Akhirnya saya temui Clayever.

* Platform Ofshore Terengganu – Irong Barat, Semangkok, Guntung, Seligi, Palas, Tabu. Dsbgnya
* Di offshore saya bekerja sebagai DFE, Bila berhenti saya praktis – geologist dalam industri           perlombongan ( terutamanya Emas).